Berapa ramaikah usahawan bumiputera yang telah berjaya membuat perniagaan internet tanpa ilmu bahasa komputer?. Tidak dinafikan sebelum terjun kedalam bidang perniagaan internet ini, kita harus melengkapkan diri dengan ilmu bahasa-bahasa komputer, paling tidak pengetahuan yang paling asas mesti ada. Kebelakangan ini, PHP dan MySQL lebih diminati dan dilihat lebih ramai dari generasi muda. Selain penggunaannya yang meluas, ia juga boleh didapati secara open-source.
Saya telah mula belajar untuk memahami C, C++, VB, JAVA, PHP dan ada satu dua lagi yang memang sukar untuk dipalajari. bagaimana sistem pengoperasian yang hanya ada dua digit boleh berkembang dengan pesatnya. Maka saya tertanya-tanya, kemana perginya semua pakar2 komputer dari negara kita yang boleh menulis bahasa komputer ini? Mengapa tidak diwujudkan satu pangkalan data sistem pengoperasian dan sistem arahan didalam bahasa Malaysia.
Contohnya
print = paparkan
if = jika
value = nilai
dan pelbagai2 lagi arahan kepada komputer yang boleh kita terjemahkan.
Bagaimanapun bagi simbol seperti / > < & dan sebagainya, ia bolehlah dikekalkan dan dijadikan sebagai standard sedunia. Dengan cara ini kita boleh menggalakkan lebih ramai orang untuk mempelajari bahasa komputer.
Adakah sudah ada sesuatu seperti ini? Walaupun windows ada sistem pengoperasian didalam bahasa Malaysia, tetapi sistem arahan asasnya masih kekal didalam bahasa inggeris.
Wednesday, June 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment