Monday, June 22, 2009

Link Banner

Ini petikan daripada web forum
http://www.melayuniaga.com/showthread.php?t=1186&page=2


a href="http://www.e-iklanlist.com" target="_blank"


a href="http://www.iklanlist.com"
maksudnya reference @ alamat website kita

target="_blank"
( setiap link mesti letakkan kod ini supaya mengarahkan explorer membuka window @ tab baru untuk link tersebut. sekiranya tiada, explorer akan membuka web link tadi dengan same window, jadi web kita akan 'hilang'!! )

(src="images/promo.gif")
(kod ini hanya berkesan sekiranya diletakkan pada page diserver yang sama oleh pemunya, atau lainkata : dalam rumah yang sama. Sekiranya mahu meletakkan pada page anda pada server yang lain, kodnya harus seperti ini :
src="http://www.e-iklanlist.com/images/promo.gif"
(ini memberikan alamat penuh, jadi server tidak pening mencari alamat 'rumahnya')

width="155" height="29"
(sekiranya anda mahu mengubah saiz imej 'promo.gif' tersebut, hanya perlu tukarkan nilai height dan width diatas, bukan mengubahnya secara menarik imejnya.)

Buatlah satu banner yang berukuran besar.
Anda boleh reduce @kurangkan saiznya dengan gunakan gif animator yang boleh didapati secara percuma diinternet.

masukkan dalam fail images dengan nama 'promo.gif'

Senang aje kan....
(Saya pun banyak copy paste je...)

Ini yang paling asas, kita boleh tambah
alt untuk alternate
mouse over untuk effect semasa dilalukan mouse,
fading dan mcm2 lagi.

Sunday, June 21, 2009

Perniagaan Internet

Nampak mudah sahaja untuk berniaga didalam internet. Register, setup dan tinggalkan. Namun disebalik semua itu, perlu ada satu lagi usaha penting yang harus dilakukan, promosi. Tanpa promosi yang cukup, laman web tidak akan mendapat jumlah pengunjung yang diharapkan dan sekaligus tidak akan berlaku jualan tanpa pengunjung.
Bagi blogger yang masih mentah (seperti saya) promosi adalah sesuatu yang amat merumitkan dan memakan kos yang banyak untuk dilakukan. Jadi dimanakah permulaan untuk mempromosi? saya masih tercari-cari satu cara yang paling efektif untuk mempromosikan laman web saya dan sekiranya sesiapa diluar sana ada caranya, sudi-sudikanlah berkongsi dengan saya.

Wednesday, June 3, 2009

Bahasa komputer

Berapa ramaikah usahawan bumiputera yang telah berjaya membuat perniagaan internet tanpa ilmu bahasa komputer?. Tidak dinafikan sebelum terjun kedalam bidang perniagaan internet ini, kita harus melengkapkan diri dengan ilmu bahasa-bahasa komputer, paling tidak pengetahuan yang paling asas mesti ada. Kebelakangan ini, PHP dan MySQL lebih diminati dan dilihat lebih ramai dari generasi muda. Selain penggunaannya yang meluas, ia juga boleh didapati secara open-source.
Saya telah mula belajar untuk memahami C, C++, VB, JAVA, PHP dan ada satu dua lagi yang memang sukar untuk dipalajari. bagaimana sistem pengoperasian yang hanya ada dua digit boleh berkembang dengan pesatnya. Maka saya tertanya-tanya, kemana perginya semua pakar2 komputer dari negara kita yang boleh menulis bahasa komputer ini? Mengapa tidak diwujudkan satu pangkalan data sistem pengoperasian dan sistem arahan didalam bahasa Malaysia.

Contohnya
print = paparkan
if = jika
value = nilai

dan pelbagai2 lagi arahan kepada komputer yang boleh kita terjemahkan.
Bagaimanapun bagi simbol seperti / > < & dan sebagainya, ia bolehlah dikekalkan dan dijadikan sebagai standard sedunia. Dengan cara ini kita boleh menggalakkan lebih ramai orang untuk mempelajari bahasa komputer.
Adakah sudah ada sesuatu seperti ini? Walaupun windows ada sistem pengoperasian didalam bahasa Malaysia, tetapi sistem arahan asasnya masih kekal didalam bahasa inggeris.

Tuesday, June 2, 2009

Assalammualaikum wbkt dan Salam untuk semua

Pertamanya syukur kehadrat Ilahi kerana dapat saya menulis barang sepatah dua kata. Rasanya tak tau apa topik yang paling menarik untuk dibicarakan. banyak topik, cuma saya tak mahu nak menulisnya kerana tak minat.

Bagaimanapun, saya tertarik untuk menulis mengenai bidang berikut :
1.Komputer dan IT
2.Premis makanan dan industri pembuatan makanan.
3.Bidang hiburan

Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau mahu berkongsi ilmu sila-silalah post kan kepada blog saya ok. Semoga kita dapat memanfaatkan ilmu duniawi ini bersama-sama